Tuesday 19 July 2011

JELAJAH BERSAMA UKM

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sukan Konvo....

Bersempena Pesta Konvokesyen ke-39 UKM, Sekretariat Sukan dan Rekreasi akan mengadakan pertandingan UKM Konvo MTB Mini Jamboree 2011. MTB (Mountain Bike) atau dikenali sebagai "Dunia Basikal Lasak atau Basikat Bukit" akan diadakan pada 17 September 2011 di sekitar kawasan UKM. 

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pesta Konvokesyen ke-39 UKM dan Kelab Basikal UKM adalah dengan kerjasama Pusat Sukan UKM dan Persatuan Berbasikal Masters Malaysia. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di UKM ini merupakan aktiviti berbasikal mengelilingi  UKM dalam mempromosikan UKM sebagai pusat pengembangan ilmu dan pembentukan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai tambahnya yang tersendiri di samping memberi peluang kepada masyarakat luar melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 
  


Penyertaan adalah terbuka kepada semua tidak sahaja kepada warga UKM malahan kepada semua warga Malaysia yang berminat. Penyertaan telah dibuka dan boleh dibuat terus kepada pengarah program sama ada secara individu mahupun secara berkumpulan. Bayaran yuran penyertaan sebanyak RM50 boleh dibayar melalui :

    1.   CIMB BANK - FATMAWATI ABDIN : 1215-000-5808200.

    2.   MAYBANK - FATMAWATI ABDIN : 162263459810.

Sila simpan slip bank dan fax slip tersebut ke 03-89213240.






1 comment: