Monday 1 August 2011

UKM Konvo LeRUN MTB Mini Jamboree 2011

Assalamu'alaikum w.b.t dan Salam Sukan Konvo....

Bersempena Pesta Konvokesyen ke-39 UKM, Sekretariat Sukan dan Rekreasi akan mengadakan pertandingan UKM Konvo LeRUN MTB Mini Jamboree 2011. MTB (Mountain Bike) atau dikenali sebagai "Dunia Basikal Lasak atau Basikat Bukit" akan diadakan pada 17 September 2011 di sekitar kawasan UKM. 

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pesta Konvokesyen ke-39 UKM dan Kelab Basikal UKM adalah dengan kerjasama Pusat Sukan UKM dan Persatuan Berbasikal Masters Malaysia. Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di UKM ini merupakan aktiviti berbasikal mengelilingi  UKM dalam mempromosikan UKM sebagai pusat pengembangan ilmu dan pembentukan modal insan yang berkualiti dan mempunyai nilai tambahnya yang tersendiri di samping memberi peluang kepada masyarakat luar melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). 


5 comments:

  1. apa kata tambah kategori JUNIOR? bagi peluang untuk anak muda tengok universiti kebangsaaan malaysia ni.

    ReplyDelete
  2. @amirul syafiq: saya setuju. Saya Ada 3 org anak lelaki yg berminat - 16 tahun, 14 tahun, & 12 tahun.

    ReplyDelete
  3. hari ini sempat lagi kalau nak daftar???

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. 17 Sep 11, telah saya hadiri memang seronok dan kepuasan gak. cuma benyak kelemahan pihak pengurusan penganjur perlu diperbaiki, syabas! nasib baik saya berjaya menamatkan pertandingan ni walaupun banyak kali terjatuh, tersembam muka, terpelanting ke gaung mungkin dsebabkan faktor trail dan track yg agak licin tambahan saya terlalu laju mase menurun bukit allhamdulilah puas menduduki tempat ke 19

    ReplyDelete