Monday, 29 August 2011

PERHATIAN KEPADA PENGUNJUNG BLOG INI



MEMANDANGKAN KESIBUKAN RIDER-RIDER MENYAMBUT & MEMBUAT PERSIAPAN AIDILFITRI 2011 MAKA PIHAK PENGANJUR TELAH BERSETUJU UNTUK MELANJUTKAN TARIKH TUTUP PENYERTAAN MINI JAMBOREE KAMI PADA 31 OGOS 2011 (RABU)


SELEPAS 31/8/2011 KAMI HANYA MENERIMA PENYERTAAN SEHINGGA 5 SEPTEMBER 2011 (ISNIN)  SAHAJA TETAPI DENGAN YURAN PENYERTAAN SEBANYAK RM 60.00 KERANA “LATE REGISTRATION” DAN PIHAK KAMI TIDAK MENJANJIKAN T-SHIRT JAMBOREE DAPAT SIAP PADA 16/9/2011 (JUMAAT) KERANA KESUNTUKAN MASA PEMBEKAL PENYIAPKAN TEMPAHAN DALAM MASA YANG SINGKAT.


Bermula 26/8/2011 kami tidak menerima fax masuk ke 03-8921 3240/3490 kerana semua sudah bercuti SAMBUT AIDILFITRI tetapi segala borang dan bukti bayaran boleh dihantar ke sukan.pestakonvo39@gmail.com dan cc ke ukmjamboree@gmail.com.  

TERIMA KASIH

Saturday, 27 August 2011

KATEGORI LELAKI TERBUKA & VETEREN, SILA AMBIL PERHATIAN.!!

Salam Ramadhan Kareem buat semua, Salam Aidilfitri yang bakal menjelang tiba..

Perhatian kepada peserta-peserta UKM Konvo-Lerun MTB Mini Jamboree yang mendaftar di bawah kategori Lelaki Terbuka.
Kategori ini hanya terbuka kepada semua Riders lelaki yang berumur 13-39 tahun shj. Bagi mereka yang berumur 40 Tahun dan keatas yang mendaftar dalam kategori ini, secara automatik, kami akan senaraikan dalam kategori Veteren.
Kami memohon maaf jika berlaku kekeliruan serta maklumat yang kurang jelas mengenai kategori-kategori yang ada. Sebarang masalah berkaitan, boleh menghubungi kami di emel;

sukan.pestakonvo39@gmail.com 


ataupun menghubungi AJK kami,

Kamilah (017-2409216) @ Liyana (013-4483605).






Friday, 26 August 2011

SENARAI PESERTA KONVO UKM-LeRUN MINI JAMBOREE 2011



Setakat 25 ogos 2011 jam 12.30 tengahari  pihak penganjur telah menerima 511 penyertaan dimana statistiknya adalah seperti berikut :
LELAKI TERBUKA : 384
LELAKI VETERAN : 92
LELAKI IPTA/IPTA : 15
WANITA TERBUKA: 20
JUMLAH PESERTA : 511 orang

BERIKUT ADALAH :
Sebahagian goodies yang akan diberikan kepada semua peserta

1.      Non Woven Beg LeRUN (Gambar)
2.      Kupon servis RM 25 daripada RODALINK (Gambar)
3.      T-shirt jamboree (Rujuk Gambar)
4.      Cenderamata daripada Pusat Permata Pintar Negara (UKM)
5.      Cenderamata daripada Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)
6.      Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA)
7.      Pejabat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (PKKP) UKM

Yang lain akan dimaklumkan kemudian.Terima Kasih

HADIAH UNTUK KONVO UKM-LeRUN MINI JAMBOREE 2011

               
           SALAM RAMADAN ke-26, SALAM AIDIL FITRI KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG.
SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN YANG KE-54

KEPADA SEMUA PESERTA YANG MENDAFTAR PASTIKAN MAKLUMAT ANDA KAMI PAPARKAN ADALAH ANDA BETUL.
sila hubungi kami jika ada sebarang pembetulan

DENGAN INI KAMI MENGELUARKAN HADIAH UNTUK JAMBOREE YANG PERTAMA KALI DIADAKAN DI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)  INI.


·       *   Jumlah hadiah dan barangan iringan bergantung kepada jumlah penyertaan dan jumlah penajaan yang diterima oleh pihak penganjur.

Wednesday, 24 August 2011

TENTATIF PROGRAM

JUMAAT (16 September 2011)
1500           Pendaftaran dan pengambilan cenderahati
                   Tempat : Dataran Dewan Gemilang UKM
          
SABTU ( 17 September 2011)

            0600 :  Peserta daftar masuk sebelum kayuhan bermula

            0700 :  Sesi Penerangan

            0715 :  Senamrobik

            0730 :  Doa

            0745 :  Peserta dilepaskan (TEPAT)           
           
            0100 :  Semua “check point” ditutup

1400 :  Majlis Penutupan

1430 :  Penyampaian Hadiah & Cabutan Bertuah

1600 :  Program Tamat dan Bersurai

Friday, 12 August 2011

LAGI GAMBAR TRAIL UNTUK TATAPAN UMUM.!












MAKLUMAN KEPADA KESEMUA PESERTA UKM KONVO-LeRUN MTB MINI JAMBOREE 2011


Kepada kesemua peserta, untuk makluman dengan bayaran RM 50.00 kesemua peserta akan mendapat faedah iaitu:

1.          T-shirt Jamboree (sila rujuk gambar)
2.           Beg/goodies Lerun
3.            Makan/Minum Tengahari
4.           No Plat basikal
5.           Medal Finisher  (jika tamatkan kayuhan)-Gambar akan diuploadkan kemudian
6.          Kupon servis Rodalink
7.           Kupon Cabutan bertuah (Grand lucky Draw sebuah basikal tajaan LeRUN )